:: PENGENALAN ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog perubatan ini.

Adakah anda mengalami gangguan daripada makhluk halus ataupun berkaitan dengan sihir? Perkara ini memang sukar untuk difahami ataupun dirungkai tetapi hakikatnya kita wajib percaya dengan kewujudan makhluk-makhluk halus golongan jin yang dicipta dari jisim-jisim yang halus yang mana ada yang baik dan jahat yang suka membuat kerosakan, menyakiti malahan mengganggu kebanyakan urusan manusia.

Para cerdik pandai terutama pakar-pakar perubatan moden zaman ini mula menyedari dan mengakui bahawa terdapat beberapa jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia disebabkan oleh gangguan daripada makhluk halus dan perlu dirawat dengan kaedah-kaedah lain selain dengan cara perubatan moden.

Kebanyakan masyarakat Islam amat mengetahui tentang golongan makhluk halus ini yang seringkali mengganggu umat Islam ketika sedang mengerjakan solat, berpuasa dan lain-lain. Malahan gangguan mereka ini merangkumi urusan harian kehidupan manusia seperti gangguan kesihatan, gangguan spiritual. Gangguan ini boleh terjadi secara berterusan sekiranya tidak ditangani kerana perbuatan khianat manusia kepada manusia juga dengan menggunakan khidmat makhluk-makhluk ini secara langsung ataupun tidak.

Secara amnya, penyakit dapat dikategorikan kepada dua jenis penyakit iaitu fizikal dan spiritual.

1. Penyakit Fizikal

Penyakit ini pada kebiasaannya dapat dikesan dengan mudah seperti demam, batuk, selsema, gatal-gatal kulit dan sebagainya.

2. Penyakit Spiritual

Penyakit ini disebabkan oleh tekanan perasaan seperti histeria yang sukar untuk dikesan dan dilihat oleh mata kasar oleh kebanyakan orang termasuk pakar-pakar perubatan moden tetapi untuk pakar perubatan tradisional lebih mudah untuk dikenalpasti dengan keizinan ALLAH s.w.t.

Insyaallah kami di Pusat Rawatan Tradisional Parit Raja sedia membantu anda untuk menyelesaikan segala masalah berkaitan dengan makhluk halus dan yang berkaitan dengan keizinan ALLAH s.w.t. yang penting anda harus yakin dengan usaha ini kerana kuasa penyembuh adalah milik ALLAH s.w.t. jua dan pihak kami hanya perantara sahaja.

Perkhidmatan perubatan yang kami anjurkan adalah secara "walk-in" iaitu pesakit wajib datang ke tempat kami di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Untuk perkhidmatan kami datang ke tempat pesakit ataupun "walk-out" adalah bergantung kepada keadaan dan masa manakala caj tambahan perkhidmatan akan dikenakan.

Pihak kami bersedia untuk membantu pesakit-pesakit yang ingin mendapatkan rawatan terhadap penyakitnya dengan penuh komitmen dengan keizinan ALLAH s.w.t. Harapan dan doa kami agar penyakitnya sembuh dan dapat beliau mengabdikan diri kepada yang Maha Esa dan menjalankan tanggungjawab hariannya seperti insan lain.

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum Tuan/Puan, saya ingin bertanya, du pusat rawatan ni bolehkah merawat penyakit saraf mata?..

    BalasPadam